Skip to main content

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya..

Cinta
Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa.

Mengajar
Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap aku dalam mendidik.di mana hilang aku ketika mereka ingin meluah. Di mana aku....

Kawan
Kawan yang kau jumpa dan kenal untuk satu tempoh yang panjang tidak akan menjanjikan dia akan selalu ada untuk kau. Untuk mencari kawan yg ada di waktu senang sangat mudah. Untuk mencari kawan yang tak pernah berkira dengan kau sangat payah. Untuk mencari kawan yang anggap kau macam adik beradik dia satu dalam sejuta. Kalau ada. Jagalah. Hargai.

Ibu bapa.
Sekiranya ibubapa minta sesuatu dengan kau. Jangan pertikaikan apa kehendaknya. Berikan dan usahakan. Jangan di sakiti hati tua mereka. Mereka hanya mahu bermanja pada anak yang berpuluh tahun mereka jaga. Risau kalau kau lupa pada wajah tua mereka. Baliklah,jenguk mereka..akan ada satu hari kau hanya akan balik menjenguk kuburan mereka. Tidak ada ibu tua yang bersungguh2 bangun awal untuk masak masakan kegemaran kau. Tidak ada suara2 serak ayah yang pegang bahu kau..agar kerja bersungguh..agar sentiasa berhati2 dan menjaga diri. Hargai keduanya sebelum Allah menjemput mereka.

Pasak Impian untuk belajar
Hidup tidak pernah terhenti sehingga kau menemui Tuhan. Kau tidak boleh berada di tempat yang sama. Berhijrah dan belajar..sehingga kau menjadi orang2 besar dan bermanfaat. Jika tidak untuk untuk negara dan ummat paling tidak untuk diri kau sendiri. Apa tips untuk tidak malas dan belajar? Jangan pilih kasih dengan ilmu. Nawaitu. Beradab dengan guru.

Sedekah
Perkara yg di lihat kecil namun susah dipraktik.
Bersedekah lah. Maka kau akan lihat rezeki Allah  itu hadir bukan sekadar rezeki wang ringgit. Malahan rasa kebahagian dan kesihatan orang2 yang kau cinta..

Kita tidak terlalu baik dan tidak terlalu soleh untuk meminta itu ini dengan Tuhan..smoga Allah mempercukupkan kita dengan nikmat iman dan beribadah. Menjemput kita dalam keadaan yang Dia redha.

Semoga bermanfaat
zielzal
Victoria,Labuan

Comments

Popular posts from this blog

Hectic Day sedunia..zielzal..

Salam. Hai.. Setelah 3 minggu aku tggu result medical check up aku utk urine test n blood test. Akhirnya keputusan nya hampeh... result blood test aku tercicir n tiada dalam rekod. Wahhhh... senang2 ja cakap aku punya rekod xda. Siapa yg ambik darah ak pun x mengaku. Apalagi dalan keadan berjiwa remaja ni.. ak terus serang makmal n suruh cek rekod dorg. Panas juga hati aku.dah lah lusa aku nak jalan p kl dah. Tak dan dah nak wat medicl di kl. Malassss... besoknya aku, mak aku dan abah terus urus semua benda. 1. Pegi hospital,ambik result urine n xray (plannya nak gi buat dkt swasta on da spot) Yes.. mak aku dah lama x bawa kereta. N aku memang takde lesen keta..isk.isk..isk. alkisahnya tengah kluar dari parking hosp mak ak scra x sengja telah terlanggr kereta kancil sebelah. Mak aiii... habis calar keta abg aku. Panic tul mak ak. Lepas tu abah take over drive. Abah aku ni baru ja selesai operation mata, so. Kira mata dia masih lagi sakit n silau la.. x nampak sgt. Kesian abah. Sangg

Merantau ke KL

Helloooo.. Ok selepas hectic day sedunia aku. Hari ni aku pun pegi la kl dgn perasaan kosong. Hahaha. Aku pegi dengan mastinah. Bakal phd gitu.. jj pula tunggu dkt kl sentral. Aku punya flight jam 11.30..sampai klia2 jam 2... tarik troli tunggu beg n bas.. jam 3 jugalah gerak dari klia2. Sampai kl sentral jam 4. Fuh lap peluh. Barang byk woiii...laptop fail resume buku semua aku bawa. Hewheww.... Lps jmpa jj. Singgah jap mkn kfc.. n sampai di pangsapuri inderaloka jam 6. Hmmm.. ponek botul eden hari ni.. ok dah... bye! Waiting 4 departure Tunggu beg hehe Barang aku dengan mastinah.hambek kau bljr  Balikk dengan brg2 balik.  Bilik sewa inderaloka.. Mesti tgk tandas dulu kalau masuk mana2 rumah.  Tanah kubur betul2 depan rumah sewa.

Untuk dosa itu

Selalu saja tekad bertaubat Namun terbuat lagi Ah,petang karang taubat Malam saja taubat Sedangkan si malaikat sedang mencatat sekian apa yang dilihat,dilakukan Ya,aku si pendosa tegar Mahu syurga tapi tetap berbuat dosa Apa layak untuk aku menjadi penghuni jannah? Ah, Hati ini kadang menyalahguna istilah Allah Maha Pengampun.. melacur kata bersulam janji..padahal sebentar lagi buat lagi.. buat lagi..buat lagi! Kau kira kau manusia apa? Yang tak pernah hitung syukurNya Yang rakus berbuat dosa namun masih meminjam nafas dariNya? Kau kira kau akan ke Jannah ? Parah! kau hanya ikut telunjuk setan Setan saja terkinja-kinja menawar tangan memimpinmu ke Nar Mari sayang,buatlah lagi..lepas ini kau taubat lagi.. Halus, sungguh terkadang aku hanyut Tidur dalam dosa selaut Ya Rabbi Aku tidak mahu berjanji Sebab pasti aku akan lakukan lagi cuma satu Ya Rabbi Ambil nyawa aku yang satu ini kalau aku masih menjadi setan kembali. NORAZILAH RAPLIS 13 Januari 2016