Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap