Skip to main content

Posts

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap
Recent posts

Berbagai Rasa

Pada suatu titik rindu wujud berbagai rasa rasa sakit menanggung rasa sakit menjelaskan  rasa sakit melepaskan Pada suatu titik rindu wujud berbagai rasa rasa takut berharap rasa takut akan janji rasa takut dilupa rasa takut ditinggal Lepaskan berbagai rasa itu meski kita suda memulai namun seakan dapat diagak jalan takdir  kita seakan tidak dapat bersama Berbagai rasa.. seorang aku, Perempuan Yang kakinya masih terikat dengan masa lalu Seorang aku, Perempuan Yang lukanya takkan pernah sembuh. Norazilah Raplis WP. Labuan 10 Julai 2016

April-Jun 2016 memories!

Assalamualaikum W.B.T April Lamanya aku x update blog.. huahua.. banyak cerita aku nak share even aku sendiri je pun yang baca hahahaha. ok, lepas je interview SPP hari tu aku dapat result jadi calon simpanan.. semua kos PQ jadi calon simpanan.yang kos PI semua lulus n tunggu posting. sedih gila weh bila aku hntr jj kat epot hari tu. hahaha. aku tekad hari tu. aku akan teruskan master aku even sakit macammana n serabutnya kepala aku time tu(sebab jeles kawan dah dpt keje) -_- hahaha. aku punya tekad tu sampai aku stay library all the time n mula menulis proposal aku secara serius. chewahh.. (ok, tipu) lepas 2 minggu jj dah kerja Alhamdulillah bila cek result semula dekat spp aku lulus.syukur! now kepeningan dan keserabutan dia adalah aku masih ada 2 kelas master lagi kna habiskan sem ni. 18 Julai aku dapat tawaran penempatan dan dipostingkan di WP Labuan. Actually aku nak cakap macam mana eh.. happy? sedih? happy sebab aku dah biasa jadi guru ganti di Labuan so, tiada masalah untu

Selayaknya begitulah perempuan

Begitu-lah perempuan, sukar ditafsir tapi mau difahami segunung puji lalu diberinya kasih diberi harapan,dibawa pergi akhirnya ditinggal sendiri Begitu-lah perempuan selalu berkata, tak ada difikir tapi terlalu serabut dikepala tidak merasa cemburu padahal terasa disiat-siat hatinya selalu kata tak mengapa,tetapi memberontak jiwanya selalu dianggap lemah, tetapi punya jiwa yang tabah Begitu-lah perempuan terlihat indah,punya pesona namun serinya menjadi dambaan kumbang-kumbang jelmaan setan diabai lalu dihumban kerana dia perempuan dilihat takkan pernah ada kekuatan apatah lagi untuk melawan setianya tak pernah dipandang adapun dijadikan bualan tak kurang juga ejekan Aku cuma mahu menjadi perempuan yang selayak-nya disayang tinggi dipandang,maruahnya dijulang bukan ditendang Aku cuma ingin menjadi selayak-nya perempuan yang bukan ditatang dengan kebendaan dan godaan tapi dididik dengan acuan islam yang tenang. Begitu-lah selayaknya perempuan dijaga, dik

Media sosial yang menghakis umur

Sedikit sebanyak aku kurangkan aktiviti media sosial aku.. ntah, terkadang rasa benda ini kalau tidak dikawal akan membunuh. Membunuh berjam2 kerja yang perlu aku siapkan hari itu. Akibat terlalu leka, aku tangguhkan benda tu keesokkan hari nya.dan akhirnya aku sendiri menyalahkan masa kononnya 24 jam aku tidak cukup. 1. Facebook Bermula dari pembersihan friendlist di facebook dari 1500 orang rakan.. sekarang hanya tinggal 300 lebih orang..itu pun masih melalaikan. kalau dulu aku sentiasa log in kan facebook, sekarang lepas tengok fb aku akan log out kan.so bila rasa nak log in balik mesti aku malas nak taip balik password n username.. 2. Youtube Aku suka mendengar lagu sambil membuat kerja tapi kadang-kadang nafsu kita tak mudah dikendalikan bila nampak recommended channel cth lagu or cerita-cerita baru so, aku akan habiskan masa untuk melihat itu ini sampai aku lupakan kerja aku...sudahnya semua tak siap. Yang ada hanya siap lagu yang aku download.hahaha.. sekarang aku d

Tersipu

Dari beribu perkataan yang aku tahu Aku tak bisa memikir kata walau satu apa pun, Sungguh, mulutku terlalu kelu Namun kepala ku ligat memikirkan sesuatu, Agar kita tidak terus-terusan membatu Dua puluh lima minit Kita tetap diam Sedang aku masih seperti orang bisu kau melihatku seperti selalu lantas berlalu Ah, Continued..

Untuk dosa itu

Selalu saja tekad bertaubat Namun terbuat lagi Ah,petang karang taubat Malam saja taubat Sedangkan si malaikat sedang mencatat sekian apa yang dilihat,dilakukan Ya,aku si pendosa tegar Mahu syurga tapi tetap berbuat dosa Apa layak untuk aku menjadi penghuni jannah? Ah, Hati ini kadang menyalahguna istilah Allah Maha Pengampun.. melacur kata bersulam janji..padahal sebentar lagi buat lagi.. buat lagi..buat lagi! Kau kira kau manusia apa? Yang tak pernah hitung syukurNya Yang rakus berbuat dosa namun masih meminjam nafas dariNya? Kau kira kau akan ke Jannah ? Parah! kau hanya ikut telunjuk setan Setan saja terkinja-kinja menawar tangan memimpinmu ke Nar Mari sayang,buatlah lagi..lepas ini kau taubat lagi.. Halus, sungguh terkadang aku hanyut Tidur dalam dosa selaut Ya Rabbi Aku tidak mahu berjanji Sebab pasti aku akan lakukan lagi cuma satu Ya Rabbi Ambil nyawa aku yang satu ini kalau aku masih menjadi setan kembali. NORAZILAH RAPLIS 13 Januari 2016