Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

KL-Labuan jom pergi wedding yatie!

Assalamualaikum,Hai!! Ok sekarang aku,sela n jj suda sampai di epot! Semangat hari ni mau jalan. Actually petang tadi aku dengan jj ada kelas research in education. Agak sentap jugala bila kena tanya field research masing2.. otak serabut sekejap melihat masa depan n cabaran yg bakal diharungi. Hahaha. Settle kelas aku betekad nak lupakan sekejap pasal kelas tadi dan menikmati cuti sambil meraikan walimah sahabat dunia akhirat kami. Cik hayati husin.  hehehe. Lepas isyak kami gerak pegi kl sentral n jam 10.30 kitaorang dah sampai klia2. Flight aku dengan jj jam 7.20 besok pagi. Sela pula jam 4.00 petang besok. So kitaorang pun berhuhu la menunggu dan melakukan pemerhatian dalam epot.hahahaa.. Pemerhatian 1: Seorang wanita foreigner yang ketinggalan flight. Penat juga abang airasia tu nak menerangkan yang makcik. Amboi makcik sangat. Haha. Xtau la apa ending penerbangan dia Pemerhatian 2: 2 orang wanita india yang aku syak ada masalah keluarga. Menangis bila nak drop beg dan berpisa

Hostel Kolej 12

Malam itu malam jumaat. dingin. maybe sebab cuaca dari pagi tadi mendung. aku membuka pintu balkoni sengaja membiarkan angin masuk. Yatie dan Laila masih lagi sibuk menonton drama Korea yang aku sendiri tak pernah tahu apa tajuknya. Sesekali mereka ketawa, sesekali mereka kelihatan emosi. Ah, tidur lagi bagus. Sekilas aku tengok Yatie dan Laila masih setia dihadapan laptop Acer milik yatie. "Yat. aku tutup lampu ni ah.. Dapat jua kamu meleat kan kalau aku matikan lampu?"  Aku berdiri di sisi suis. "Aok, padam tia seja. kajap lagi kan tidur jua ni." Yatie membalas tanpa memandang aku. Masih khusyuk. Aku padam lampu. Balkoni dibiarkan terbuka. "Isk...isk..."kedengaran suara dari meja study Yatie menangis. Amboii besar betul pengaruh kpop ni.. Emo jua eh meleat drama orang atu..". Yatie masih menangis. tersedu-sedu..Masih tidak berganjak dari meja studynya.aku tengok jam. dah jam 2.30 pagi. "Yat, Tidur tia saja. karang esuk sambung" Aku

Register Master IPS,UM

Salam. Hari ni seawal jam 7 pagi, aku ,jj & mastinah dah siap2 awal n tunggu bas. Semangat gila hari ni nak g daftar. Haha. Sampai je kat IPS UM baru beberapa orang je kat dalam. Slumber ja aku dgn jj berbaris jam 9 tu. Yg krlakarnya time tengah baris, ada seorang kakak ni pandai2 nak buka pc n switch on mesin yang keluar kn nombor giliran tu. Adoiii. Berabis aku ketawa. Memang perangai cikgu macam ni ye. Semua benda dia nak redah buat sendiri. AMbik ko, nombor giliran aku dengan jj top 10 ok. Jj no 1007, aku 1008. Hahaha. Terbaik juga dtg awal ni. Yg kelakarnya bila sampai dekat dokumen checking tu jj jeling kakak sebelah dia siap dengan clear folder ada reslt spm,transkrip n degree asal. Gelabah kami sebab tak bawa dokumen asal. Aku beria2 ckp benda tu tak payah yang penting ada pengesahan je. Ntah mcm mana tergerak plak hati aku tengok checklist n baca balik. DOKUMEN ASAL DAN SALINAN YANG DISAHKAN BENAR. my god jj! Betul lah.. mesti ada dokumen. Sempat pula kami salahkan keja

Alkisah si zielzal

Salam semua! Untuk pengetahuan uolls aku akan menjadikan blog ini tempat aku berkongsi suka duka and merakam pengalaman dan kenangan manis sepanjang aku menjadi student utk postgraduate kali ni.Ok,utk hari ni.1 sept 2015. Mastinah,kwn aku yg phd tu dah start daftar. Aku dengan jj(bukan nama sebenar) hahaha.daftar hari khamis ni. So, hari ni. Kitaorang temankan mastinah n uruskan beberapa lagi urusan. Aku temankan jj pegi print out semua dokumen dia n fotostat dokumen untuk urusan kolej. Settle kami pegi bank islam bayar yuran..dahlah jalan kaki dari fak pendidikan ke bank islam. Macam mau tercabut kaki aku. Sampai bank nak bayar yuran. Bank tutup hahahahahaha. Ok, x kelakar.. hikhik.tengok jam 9.15 pagi ada 15 minit lagi untuk tunggu bank buka. So, kami pun bersepakat la membeli roti canai n roti bawang sebagai sarapan yang berzat lagi bekrim disukai ramai. Hehehe. Nasib murah beb. Ak punya roti bawang dengan teh tarik 3.00 je. Perghh. Lain kali aku nak pergi lagi mkn roti canai kat

Taklimat Postgraduate UM

Hallo salam! Klmarin dah start taklimat utk calon postgraduate. Mcm besa. Bersenang2 dahulu. Bersusah2 kemudian.. seawal jam 8.30 pagi ak,jj n mas jln kaki dr inderaloka ke simpang masuk pantai hillpark ambik taxi ke um. n daftar n duduk dkt DTC UM utk dgr welcoming speech dr VC IPS n taklimat dr ips,library etc. Bila dah masuk n dtc ak macam x percya woi ak boleh jejak kaki balik kat um. Taklimat abis jam 12.. next taklimat jam 3 n lps tu taklimat dkt jabatan jam 4. Time nak daftr di fak pendidikan. Kos yg nak dftr xda dlm tagging pendftran.. neves skjp hahahaha. "Ye puan, kos apa ye?" "Pendidikan islam" Dalam hati.. kau puan kan aku yerr...amboii... Oh pendidikan islam. Dftr bhgn ni.baru la aku tau ak ni duduk under jabatan asas kemanusian mcm tu la bunyik dia. Ok. Yg best nya taklimat masa dekat jabatan ialah semua pensyarah dia best2. n maybe ak akan ambik 3 subjek sem ni. N 2 subjek sem depan utk stary tulis proposal.. wahhh nampak sangat aku teruja awal2

Merantau ke KL

Helloooo.. Ok selepas hectic day sedunia aku. Hari ni aku pun pegi la kl dgn perasaan kosong. Hahaha. Aku pegi dengan mastinah. Bakal phd gitu.. jj pula tunggu dkt kl sentral. Aku punya flight jam 11.30..sampai klia2 jam 2... tarik troli tunggu beg n bas.. jam 3 jugalah gerak dari klia2. Sampai kl sentral jam 4. Fuh lap peluh. Barang byk woiii...laptop fail resume buku semua aku bawa. Hewheww.... Lps jmpa jj. Singgah jap mkn kfc.. n sampai di pangsapuri inderaloka jam 6. Hmmm.. ponek botul eden hari ni.. ok dah... bye! Waiting 4 departure Tunggu beg hehe Barang aku dengan mastinah.hambek kau bljr  Balikk dengan brg2 balik.  Bilik sewa inderaloka.. Mesti tgk tandas dulu kalau masuk mana2 rumah.  Tanah kubur betul2 depan rumah sewa.

Hectic Day sedunia..zielzal..

Salam. Hai.. Setelah 3 minggu aku tggu result medical check up aku utk urine test n blood test. Akhirnya keputusan nya hampeh... result blood test aku tercicir n tiada dalam rekod. Wahhhh... senang2 ja cakap aku punya rekod xda. Siapa yg ambik darah ak pun x mengaku. Apalagi dalan keadan berjiwa remaja ni.. ak terus serang makmal n suruh cek rekod dorg. Panas juga hati aku.dah lah lusa aku nak jalan p kl dah. Tak dan dah nak wat medicl di kl. Malassss... besoknya aku, mak aku dan abah terus urus semua benda. 1. Pegi hospital,ambik result urine n xray (plannya nak gi buat dkt swasta on da spot) Yes.. mak aku dah lama x bawa kereta. N aku memang takde lesen keta..isk.isk..isk. alkisahnya tengah kluar dari parking hosp mak ak scra x sengja telah terlanggr kereta kancil sebelah. Mak aiii... habis calar keta abg aku. Panic tul mak ak. Lepas tu abah take over drive. Abah aku ni baru ja selesai operation mata, so. Kira mata dia masih lagi sakit n silau la.. x nampak sgt. Kesian abah. Sangg

Hari Bingung saya

Alhamdulillah. Hari ni aku happy betul sebab Biasiswa Yayasan Sabah aku dah approve n diluluskan!! Oh ya, semalam 1 hal yang menggembirakan aku dan family sebab aku dapat tawaran untuk sambung master di UMS dalam kos Pengurusan Pendidikan n kakak aku dpt sambung under Kewangan Islam di univ yang sama.😍😍. Well. Kita selalu di hadapkan dengan macam-macam pilihan. semua nya untuk masa depan hidup.Sekarang hati aku dah berbelah bahagi samada teruskan  master di UM atau UMS? macam-macam hal yang perlu di ambil berat.. kos perbelanjaan misalnya, jarak antara aku dgn family. Chewaah.., dlm masa yang sama biasiswa aku dah approve. Bersediakah aku untuk menghadap suasana baru di ums atau aku lebih selesa dengan persekitaran um. Tepuk dada tanya diri* hehe. Semoga aku dapat buat keputusan yang baik.Amin!

Alhamdulillah

Syukur alhamdulillah. Semalam abah aku dah operation, pasang kanta dekat mata sebelah kiri. Agak teruk jugalah keadaan mata abah sebenarnya berdasarkan apa yang aku dengar dari doktor. Ok, operation dah banyak kali tertunda sebab paras gula tinggi. And alhamdulillah selepas kali ke 5 aku kira. Abah dah dibenarkan operation!kos dalam RM850..disebabkan abah aku ada kad pencen so,kos utk pembedahan RM103 dikecualikan. Lepas setengah jam abah dalam bilik operation n keluar, aku kelip2 mata dengan abah. "Abah dah boleh nampak mata kamu" Omg sedih n gembira bercampur baur.. Sedih sebab abah dah lama tak nampak. Gembira sebab keadaan mata abah dah stabil!! Yuhuuuu. Tq Allah!!!

Aku akui

Holla!Lately ni kehidupan ak tersangatlah boring. Tahap keboringan itu sudah berjaya untuk membuat otak aku tepu,tidak berkembang dan paling bebal aku sudah tak ingat berapa hari bulan. Nampak tak betapa loser n bongapnya diri aku. Kalau ak dipanggil iv untuk posting konfem2 aku hanya diam dan membatukan diri depan panel iv sebab tak tahu apa2. Aku dah malas nak ikut perkembangan dunia, politik, cerita sekeliling. Ak malas. AKU give up. Aku penat. Aku stress.. aku tak tahu kenapa dengan diri aku sekarang, aku merasakan aku seolah2 sudah menjadi loser tegar dan sejati. Kehidupan aku. Bangun pagi,kemas rumah,basuh baju,masak, tengok laptop ,tdo makan dan begitulah berulang2. Boringkan hidup aku? Hiks. Tapi xpa. Dunia ni mmg macam roda.kadang2 ko busy sampai ko tak ada masa. N kadang2 ko akan terasa lapang macam ko rasa jam kat dinding lambat sangat nak bergerak utk habiskan waktu sehari yang sangat panjang. Oh apa aku merepek ni. Ok la  izinkan saya untuk mereput kesekian kalinya! Adios!

Saat Aksara Tidak dapat Bertutur Sendirinya

Secangkir Kopi sudah habis, Sedih. Satu perkataan pun aku masih tak dapat tulis. Idea tolonglah datang! Bagi aku peluang untuk berkarya. Akhirnya aku layan lagu Kinkakuji Kyoto, Muzik Instrumental Jepun ini membuat aku tidak sedar jam sudah menginjak angka sebelas Sudahnya, aku membaca tulisan-tulisan orang yang molek bahasanya. Cuma aku yang ketandusan idea untuk berkongsi rasa Ah, sudahlah Biar aku tutup mata. sebab sampai ke sudah, idea tak kunjung tiba. p/s: Hari ni semangat. Cuma tidak tahu bermula dari apa dan bagaimana. perlukan konsentrasi tahap tertinggi. ("-_-) Ramadhan 26

Resipi Ayam ButterMilk Cepat, Mudah dan Senang

Assalamualaikum W.B.T Salam Ramadhan. ok. untuk menu buka puasa hari ni. aku rajin pula utk kongsikan resipi paling mudah dan cepat untuk anda sediakan.semudah 1,2,3 giteww..ok, kita terus dengan bahan-bahannya yeee adik-adik sekalian. Bahan Ayam (perap dengan serbuk kunyit, garam, cuka) Bahan untuk buat sos buttermilk Butter  Susu cair Daun kari Lada Thailand dihiris halus. bawang putih sedikit garam Cara memasaknya 1. Ok. first korang kena goreng ayam dulu, agak-agak masak. jangan biarkan ia terlalu garing..angkat dan ketepikan 2. ok, now sesi campak mencampak. haha.. panaskan kuali, masukkan butter kemudian bawang putih. 3. masukkan daun kari 4. masukkan lada thailand yang dah dipotong kecil-kecil 5. tuang susu cair (aku letak dalam setengah tin) 6. letakkan sedikit garam 7. ok, masukkan ayam dan gaul sampai mesra gitu 8.Boleh lah sambung tidur balik sebab dah siap masak. hehe 9. Hidangkan dekat-dekat nak buka puasa ^_^

Soon!

"Kau tau kenapa kau untung kawan dengan aku?" "kenapa?" "sebab aku je yang boleh terima kau sebagai kawan. hahaha!! uwekkk!!! bajet puji diri sendiri. Munawwir Fattah ketawa. aku suka tengok senyuman dia. manis, tenang, dan selalu buat aku bahagia. Munawwir Fattah memang sahabat terbaik aku. Tipulah kalau aku cakap aku takda rasa sayang dengan dia. - Adrianna Jasmeen- Ad.  Ini saja kawan yang aku ada. satu-satunya kawan perempuan yang aku sangat- sangat selesa. Aku suka tengok dia makan, dia marah, dia ketawa. Tolong jangan cakap yang ni cinta. aku tak nak friendship ni terjejas.-Munawwir Fattah- Aku tak sangka muncul aku dalam persahabatan ini boleh jadikan friendship Adrianna dan Munawwir retak. Macamana aku nak jelaskan yang aku dah mula jatuh sayang dengan Adrianna dan rasakan Munawwir Fattah tu sebagai pesaing utama aku? -Danny Muzaqqir-  Ada kisah cinta yang tak khatam dengan baik. kisah kami bertiga, entah penghujungnya apa. hanya simpan doa da

Belajar Untuk Melepaskan

Jumaat, 30 Jun 2014 menjadi tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Akad Nikah Fahri Azham. Masih terbayang wajahnya begitu teruja bila umumkan berita gembira tu kat aku. Dan hari ni, Fahri bakal menjadi suami Adira Ashfeen. Aku tahu aku tak boleh lupakan Fahri Azham. Sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Fikiran yang serabut membuatkan sedikit sebanyak kerja aku tertangguh, Seolah-olah Fahri membawa separuh semangat aku pergi. Kosong. Serabut. Mujur jadual kelas hari ini tidak penuh. Aku memang tak dapat bayangkan bagaimana aku mengajar dengan keadaan berserabut macam ni. Conversation WhatsApp aku buka. Last conversation dengan Fahri Azham tiga bulan yang lepas. itupun masa dia whatsapp aku kad jemputan walimah dia. Entah, kenapa berat sangat tangan aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru atau paling tidak ucapan tahniah untuk Fahri. Mungkin aku terlalu berharap yang Fahri itu untuk aku. Aku akhirnya tersandar. mengeluh. aku cuba menahan air mata daripada jatuh. tak pasal

kan best kalau....

Assalamualaikum uolsss! Hampir setengah tahun jugalah aku masih tak dapat panggilan interview. Asyik2 yang aku dengar nak optimumkan pengambilan pekerja. apa kejadahnya 4 tahun aku belajar degree ambik kos pendidikan kalau x dapat2 kerja. serius aku memang tak sabar2 nak kerja. nak pegang duit sendiri. nak blnja mak bapa bawa jenjalan. nak tengok negara orang. serius aku nak kerja! menghadap laptop di bulan ramadhan yang mulia ni., aku dah macam loser tak tahu nak buat apa. buka facebook serupa bangang. aku dah tak berapa berkenan sangat dengan fb tu sebenarnya. penat menstalk kehidupan rakyat2 marhaen di sana. like gambar kawen, org bertunang, org berkapel, like gambar org mengandung, org mati, org gila pangkat,org bagi derma,org minta like, org mencarut, baju, jubah friendly wudhu segala, syiah,, politik, artis, gosip, arghhhh! hidup aku sendiri pun dah cukup penat ok. PENAT.MUAK,MALAS aku kalau boleh aku nak lari n keluar dari kehidupan yang letih ni (chewaahhh) kan bes

Persimpangan VS Tujuan: Master atau Posting?

Salam uolls! Serius, sejak sebulan yang lepas aku terima result  dari IPS UM untuk sambung program Ijazah Tinggi,aku masih tak boleh decide aku nak apa sebenarnya. Bekerja atau sambung belajar? atau aku yang sangat tamak nak kedua-duanya? sebenarnya mood aku nak belajar up and down. bila aku nampak kawan-kawan yang dok sambung master ni, tiba-tiba aku macam rakus nak juga jadi ahli akademik gitu. sibuk dengan research class n stay up pegi Library 24 hours giteww. Bila aku tengok classmate aku masa sekolah dulu dah ada yang kerja boleh dress up cantik2(sebab guna duit sendiri) dah boleh lepak2 dengan kawan bawa kereta sendiri. cemburu meluap-luap and aku fikir lebih baik aku tunggu posting. persoalannya kawan-kawan yang budiman sekalian. persoalannya. interview pun aku n batch belum dipanggil. nak posting apa kejadahnya? Tawaran dari UM sikit punya havoc melayang-layang panggil aku, takkan aku dok nganga je? come on ziela!! fikir..fikir.. :) apa sebenarnya yang aku mahu? Posting at