Skip to main content

Untuk dosa itu

Selalu saja tekad bertaubat
Namun terbuat lagi
Ah,petang karang taubat
Malam saja taubat
Sedangkan si malaikat sedang mencatat sekian apa yang dilihat,dilakukan

Ya,aku si pendosa tegar
Mahu syurga tapi tetap berbuat dosa
Apa layak untuk aku menjadi penghuni jannah?
Ah,
Hati ini kadang menyalahguna istilah Allah Maha Pengampun..
melacur kata bersulam janji..padahal sebentar lagi buat lagi.. buat lagi..buat lagi!

Kau kira kau manusia apa?
Yang tak pernah hitung syukurNya
Yang rakus berbuat dosa namun masih meminjam nafas dariNya?
Kau kira kau akan ke Jannah?
Parah!
kau hanya ikut telunjuk setan
Setan saja terkinja-kinja menawar tangan memimpinmu ke Nar
Mari sayang,buatlah lagi..lepas ini kau taubat lagi..
Halus, sungguh terkadang aku hanyut
Tidur dalam dosa selaut

Ya Rabbi
Aku tidak mahu berjanji
Sebab pasti aku akan lakukan lagi
cuma satu Ya Rabbi
Ambil nyawa aku yang satu ini kalau aku masih menjadi setan kembali.

NORAZILAH RAPLIS
13 Januari 2016

Comments

Popular posts from this blog

Hectic Day sedunia..zielzal..

Salam. Hai.. Setelah 3 minggu aku tggu result medical check up aku utk urine test n blood test. Akhirnya keputusan nya hampeh... result blood test aku tercicir n tiada dalam rekod. Wahhhh... senang2 ja cakap aku punya rekod xda. Siapa yg ambik darah ak pun x mengaku. Apalagi dalan keadan berjiwa remaja ni.. ak terus serang makmal n suruh cek rekod dorg. Panas juga hati aku.dah lah lusa aku nak jalan p kl dah. Tak dan dah nak wat medicl di kl. Malassss... besoknya aku, mak aku dan abah terus urus semua benda. 1. Pegi hospital,ambik result urine n xray (plannya nak gi buat dkt swasta on da spot) Yes.. mak aku dah lama x bawa kereta. N aku memang takde lesen keta..isk.isk..isk. alkisahnya tengah kluar dari parking hosp mak ak scra x sengja telah terlanggr kereta kancil sebelah. Mak aiii... habis calar keta abg aku. Panic tul mak ak. Lepas tu abah take over drive. Abah aku ni baru ja selesai operation mata, so. Kira mata dia masih lagi sakit n silau la.. x nampak sgt. Kesian abah. Sangg

Merantau ke KL

Helloooo.. Ok selepas hectic day sedunia aku. Hari ni aku pun pegi la kl dgn perasaan kosong. Hahaha. Aku pegi dengan mastinah. Bakal phd gitu.. jj pula tunggu dkt kl sentral. Aku punya flight jam 11.30..sampai klia2 jam 2... tarik troli tunggu beg n bas.. jam 3 jugalah gerak dari klia2. Sampai kl sentral jam 4. Fuh lap peluh. Barang byk woiii...laptop fail resume buku semua aku bawa. Hewheww.... Lps jmpa jj. Singgah jap mkn kfc.. n sampai di pangsapuri inderaloka jam 6. Hmmm.. ponek botul eden hari ni.. ok dah... bye! Waiting 4 departure Tunggu beg hehe Barang aku dengan mastinah.hambek kau bljr  Balikk dengan brg2 balik.  Bilik sewa inderaloka.. Mesti tgk tandas dulu kalau masuk mana2 rumah.  Tanah kubur betul2 depan rumah sewa.