Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016

Selayaknya begitulah perempuan

Begitu-lah perempuan, sukar ditafsir tapi mau difahami segunung puji lalu diberinya kasih diberi harapan,dibawa pergi akhirnya ditinggal sendiri Begitu-lah perempuan selalu berkata, tak ada difikir tapi terlalu serabut dikepala tidak merasa cemburu padahal terasa disiat-siat hatinya selalu kata tak mengapa,tetapi memberontak jiwanya selalu dianggap lemah, tetapi punya jiwa yang tabah Begitu-lah perempuan terlihat indah,punya pesona namun serinya menjadi dambaan kumbang-kumbang jelmaan setan diabai lalu dihumban kerana dia perempuan dilihat takkan pernah ada kekuatan apatah lagi untuk melawan setianya tak pernah dipandang adapun dijadikan bualan tak kurang juga ejekan Aku cuma mahu menjadi perempuan yang selayak-nya disayang tinggi dipandang,maruahnya dijulang bukan ditendang Aku cuma ingin menjadi selayak-nya perempuan yang bukan ditatang dengan kebendaan dan godaan tapi dididik dengan acuan islam yang tenang. Begitu-lah selayaknya perempuan dijaga, dik

Media sosial yang menghakis umur

Sedikit sebanyak aku kurangkan aktiviti media sosial aku.. ntah, terkadang rasa benda ini kalau tidak dikawal akan membunuh. Membunuh berjam2 kerja yang perlu aku siapkan hari itu. Akibat terlalu leka, aku tangguhkan benda tu keesokkan hari nya.dan akhirnya aku sendiri menyalahkan masa kononnya 24 jam aku tidak cukup. 1. Facebook Bermula dari pembersihan friendlist di facebook dari 1500 orang rakan.. sekarang hanya tinggal 300 lebih orang..itu pun masih melalaikan. kalau dulu aku sentiasa log in kan facebook, sekarang lepas tengok fb aku akan log out kan.so bila rasa nak log in balik mesti aku malas nak taip balik password n username.. 2. Youtube Aku suka mendengar lagu sambil membuat kerja tapi kadang-kadang nafsu kita tak mudah dikendalikan bila nampak recommended channel cth lagu or cerita-cerita baru so, aku akan habiskan masa untuk melihat itu ini sampai aku lupakan kerja aku...sudahnya semua tak siap. Yang ada hanya siap lagu yang aku download.hahaha.. sekarang aku d

Tersipu

Dari beribu perkataan yang aku tahu Aku tak bisa memikir kata walau satu apa pun, Sungguh, mulutku terlalu kelu Namun kepala ku ligat memikirkan sesuatu, Agar kita tidak terus-terusan membatu Dua puluh lima minit Kita tetap diam Sedang aku masih seperti orang bisu kau melihatku seperti selalu lantas berlalu Ah, Continued..

Untuk dosa itu

Selalu saja tekad bertaubat Namun terbuat lagi Ah,petang karang taubat Malam saja taubat Sedangkan si malaikat sedang mencatat sekian apa yang dilihat,dilakukan Ya,aku si pendosa tegar Mahu syurga tapi tetap berbuat dosa Apa layak untuk aku menjadi penghuni jannah? Ah, Hati ini kadang menyalahguna istilah Allah Maha Pengampun.. melacur kata bersulam janji..padahal sebentar lagi buat lagi.. buat lagi..buat lagi! Kau kira kau manusia apa? Yang tak pernah hitung syukurNya Yang rakus berbuat dosa namun masih meminjam nafas dariNya? Kau kira kau akan ke Jannah ? Parah! kau hanya ikut telunjuk setan Setan saja terkinja-kinja menawar tangan memimpinmu ke Nar Mari sayang,buatlah lagi..lepas ini kau taubat lagi.. Halus, sungguh terkadang aku hanyut Tidur dalam dosa selaut Ya Rabbi Aku tidak mahu berjanji Sebab pasti aku akan lakukan lagi cuma satu Ya Rabbi Ambil nyawa aku yang satu ini kalau aku masih menjadi setan kembali. NORAZILAH RAPLIS 13 Januari 2016

Satu

Lewat hal yang tak pernah menyenangkan kita sekalipun, percaya bahawa Tuhan selalu mempunyai maksud yang baik. Ya,terkadang kita gagal menyingkap hikmah lalu terus-terusan menyalahkan takdir..

Kita akan terus begini

Kau aku Tetap akan begini Tiada apa yang terjadi Meski dirajut rasa 'sendiri' Kau aku Tetap akan begini Meski dalam hati penuh dengan mimpi tapi tanpa rasa berani Kita akan tetap begini Kau aku Kita berbeza Kau aku Jauh jaraknya Kita akan tetap begini walau saling menyapa doa kita takkan bersama Ya kita memang takut mencuba Dengar aku! Kita akan tetap begini Sehingga suatu saat nanti Kau akan akui Memang kita akan terus begini Tak perlu bersua Tak perlu janji setia Kau aku Sungguh kita masih trauma sebenarnya Takut untuk memulai cinta sebab itu kita masih kelu,kaku,bisu lalu memilih untuk diam dan terus begini. Lantas.. Mengharap angin malam bisa mengirim rindu lewat bahasa yang tak pernah terluahkan. Jauh.. Kau dan Aku. NORAZILAH RAPLIS 20:20 11012016

Tiba Saat Itu..

Woi! Aku lihat belakang.. Gilerrr Mamat tak cukup tinggi ni lagi Kau nak apa? Aku nak no tel abah kau Kau ingat aku yellow pages? Ko jangan paksa aku buat sesuatu yang kau tak nak..mamat tu merapatkan wajahnya dengan wajahku Gilerrr Terketar2 aku menyebut no tel abah Kkosongg ssatu dduaa.. Lambat! mamat tu bagi aku handphone dia suruh aku taip no abah Aku mula cuak. Mamat ni dah kenapa? Gileerr Lepas aku set no abah kat handphone dia. Dia call terus. Lepas tu letak. kau nak buat apa? Saja misscall. Nanti mesti abah kau call balik.hahahaha..mamat tu ketawa. Kelakar sangat. Aku buat muka. Elok la tu. psiko! Aku tinggalkan mamat tu Woi nama kau siapa hah? langkah aku terhenti Sekilas aku pandang wajah mamat tu Lepas tu aku jalan.. dah la psiko. Gila pula tu.. Woi!!!! Abah kau call!! Ini memang buat-buat langkah aku terhenti.lantas berlari maraton ke arah mamat tu.sesi rampas merampas handphone mamat tu berakhir dengan tragedi menyayat hati bila handphone tu su

Aku hanya melihat mereka

Dunia yang tak terlepaskan Dari pautan nafsu yang menggelayuti Dari serakah tangan-tangan si pendosa kakiku seakan terpasak Tahu tapi lebih banyak buat-buat tak tahu.ah! Lantak ah.. Kini Aku hanya melihat mereka Terkadang hati cemburu melihat meriah dunia mereka Terkadang hati dihambat rasa hamba Lantas berkata takpe,ganjaran syurga lebih baik dari seisi dunia Kamu Aku tak berhak menghakimi, Apa lagi untuk berkata yang aku ke syurga kau pegi jauh-jauh ke neraka Kita ini tidak pernah tahu apa penghujung hidup kita Lantas apa yang kita perlu Amal jariah dibawa ke dunia sana dunia terkadang melemaskan, NORAZILAH RAPLIS 11012016 15:41

Izinkan aku untuk takut..

P/s: Berapa hari ni,dosa-dosa lalu seakan menghambat,mencucuk-cucuk relung hati.. Izinkan aku takut Untuk sebuah pertemuan.. Yang tak pernah aku harap Yang tak pernah aku mahu Untuk apa kau datang kembali? Memberi harapan lalu pergi? Izinkan aku takut Untuk percaya kembali Menerima sekali lagi lantas melupa Tuhan saban hari Izinkan aku takut Kerana kau hanya penggoda Sekadar setan bertopeng manusia Izinkan aku takut Akan neraka Akan dosa Akan murkaNya Izinkan aku takut Pada Allah Pencipta kita.. Maaf, takutku lebih besar dari inginku. biar begini..selesa seorang diri. merindu syurga; NORAZILAH RAPLIS 11012016

Part 1: tanpa tajuk

"Qimiy!" Kedengaran suara Hasrul dari sebelah deretan kedai game. "Kejaplah sial! Aku terkocoh-kocoh memakai stokin dan kasut. Ah, Sial punya stokin. Leceh betul nak pakai. Lantas aku masukkan stokin dan hanya menyarung kasut. "Macam perempuan" Hasrul relax menyandar sambil rakus menghisap sebatang rokok yang dah tinggal separuh. "Aku punya mana?" "3 Ringgit" "Gila. 1.00 cukuplah wei.." Aku sambar rokok dekat tangan Hasrul. Pemetik api dicucuh kearah rokok. Aku sedut dalam asap rokok. puas. lega..fuhhh.. sedap! Lepas ni kita nak pegi mana? Balik lah setan. Mak aku marah kot. Hasrul senyum. Sinis. "Ko tahu ustazah Farah cari kita kat sekolah?" "Tahu". "Abis tu, esok macamana?" "Macamana apa"? "chill je la" Aku habiskan rokok. buang dan pijak dengan kasut aku. "Blah dulu." Aku meninggalkan Hasrul. "Ko mati pun aku tak kisah bro&q