Skip to main content

Part 1: tanpa tajuk

"Qimiy!"
Kedengaran suara Hasrul dari sebelah deretan kedai game.
"Kejaplah sial!
Aku terkocoh-kocoh memakai stokin dan kasut.
Ah, Sial punya stokin. Leceh betul nak pakai. Lantas aku masukkan stokin dan hanya menyarung kasut.
"Macam perempuan" Hasrul relax menyandar sambil rakus menghisap sebatang rokok yang dah tinggal separuh.
"Aku punya mana?"
"3 Ringgit"
"Gila. 1.00 cukuplah wei.."
Aku sambar rokok dekat tangan Hasrul. Pemetik api dicucuh kearah rokok. Aku sedut dalam asap rokok. puas. lega..fuhhh.. sedap!
Lepas ni kita nak pegi mana?
Balik lah setan. Mak aku marah kot.
Hasrul senyum. Sinis.
"Ko tahu ustazah Farah cari kita kat sekolah?"
"Tahu".
"Abis tu, esok macamana?"
"Macamana apa"? "chill je la"
Aku habiskan rokok. buang dan pijak dengan kasut aku.

"Blah dulu." Aku meninggalkan Hasrul.
"Ko mati pun aku tak kisah bro". Hasrul tepuk bahu aku kuat.Aku mendengus kasar. Sial!

Aku tidak terus balik. aku singgah di lombong lama belakang sekolah. hari ni aku ponteng sekolah lagi. Aku tak faham dengan diri aku. Aku memandang kosong langit. mencari wajah ibu di dalamnya. ya Ibu memang dah lama dah tak ada. yang kat rumah tu mak. bini baru baru bapa aku. mungkin sebab itu aku jadi macam ni. terpinggir tanpa rasa kasih sayang seorang insan bernama ibu. aku rindu ibu.

"kamu ponteng hari ni lagi kan Qimiy"
mataku terbuka. pandangan ibu terus lenyap entah ke mana
ustazah Farah.
Aku bersegera mahu meninggalkan ustazah muda itu.
"Kalau kamu ada masalah,ustazah akan cuba sedaya upaya tolong kamu"
langkah aku terhenti. aku pandang perempuan macam malaikat depan aku. cuba mencari kejujuran dari kata-katanya.
"Aku nak ibu. ko boleh bagi balik ibu aku?" 
Aku lihat ustazah Farah terdiam.
"Sembang kemas,".sinis aku senyum.
aku lalu meninggalkan perempuan yang menggelarkan dirinya ustazah itu.

Ustazah Farah melihat Hakimi dari kejauhan.
Sudah sebulan dia memerhatikan gelagat Hakimi yang suka mengelamun sambil berbaring menghadap lombong belakang sekolah itu., Entah apa yang difikirnya, Yang pasti anak muridnya itu dalam masalah.Ustazah Farah tahu yang anak muridnya itu berubah 360 darjah selepas ibunya meninggal. Dia menggeleng. yang pasti esoknya dia akan cuba berusaha untuk mendekati anak muda itu. 

Anak setan! kau ponteng sekolah lagi kan? belum sempat aku menjejak masuk ke dalam rumah serba neraka itu, aku disergah oleh mak.Tak, dia bukan mak. dia betina. betina yang rampas ayah aku. sampai ibu aku mati sakit jantung.Aku tak pernah rasa nak pukul perempuan, tapi dengan dia. aku rasa macam nak lempang sampai dia masuk kubur terus. Nasib je pesanan ustazah Farah masih terngiang-ngiang kat kepala otak aku bila dia gtau jangan balas kejahatan dengan kejahatan.Mujur! kalau tak. Dah gol betina keparat ni.Aku dah malas gtau Ayah. Ayah tak macam dulu.dia dah tak percaya aku sejak kahwin dengan mak. macam sial rumah ni..macam sial!lepas kena fire dengan mak, aku terus masuk bilik. minum paracetamol 5 biji. lalu tidur.ini saja yang aku dapat buat.lupakan sekejap semua benda ni.

p/s: ilham sebab rindu ex student ak. smoga baik2 sahaja kesayangans. hik2



Comments

Popular posts from this blog

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap ...

Belajar Untuk Melepaskan

Jumaat, 30 Jun 2014 menjadi tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Akad Nikah Fahri Azham. Masih terbayang wajahnya begitu teruja bila umumkan berita gembira tu kat aku. Dan hari ni, Fahri bakal menjadi suami Adira Ashfeen. Aku tahu aku tak boleh lupakan Fahri Azham. Sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Fikiran yang serabut membuatkan sedikit sebanyak kerja aku tertangguh, Seolah-olah Fahri membawa separuh semangat aku pergi. Kosong. Serabut. Mujur jadual kelas hari ini tidak penuh. Aku memang tak dapat bayangkan bagaimana aku mengajar dengan keadaan berserabut macam ni. Conversation WhatsApp aku buka. Last conversation dengan Fahri Azham tiga bulan yang lepas. itupun masa dia whatsapp aku kad jemputan walimah dia. Entah, kenapa berat sangat tangan aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru atau paling tidak ucapan tahniah untuk Fahri. Mungkin aku terlalu berharap yang Fahri itu untuk aku. Aku akhirnya tersandar. mengeluh. aku cuba menahan air mata daripada jatuh. tak pasal...

Kita akan terus begini

Kau aku Tetap akan begini Tiada apa yang terjadi Meski dirajut rasa 'sendiri' Kau aku Tetap akan begini Meski dalam hati penuh dengan mimpi tapi tanpa rasa berani Kita akan tetap begini Kau aku Kita berbeza Kau aku Jauh jaraknya Kita akan tetap begini walau saling menyapa doa kita takkan bersama Ya kita memang takut mencuba Dengar aku! Kita akan tetap begini Sehingga suatu saat nanti Kau akan akui Memang kita akan terus begini Tak perlu bersua Tak perlu janji setia Kau aku Sungguh kita masih trauma sebenarnya Takut untuk memulai cinta sebab itu kita masih kelu,kaku,bisu lalu memilih untuk diam dan terus begini. Lantas.. Mengharap angin malam bisa mengirim rindu lewat bahasa yang tak pernah terluahkan. Jauh.. Kau dan Aku. NORAZILAH RAPLIS 20:20 11012016