Skip to main content

Kita akan terus begini

Kau aku
Tetap akan begini
Tiada apa yang terjadi
Meski dirajut rasa 'sendiri'

Kau aku
Tetap akan begini
Meski dalam hati penuh dengan mimpi
tapi tanpa rasa berani
Kita akan tetap begini

Kau aku
Kita berbeza
Kau aku
Jauh jaraknya

Kita akan tetap begini
walau saling menyapa doa
kita takkan bersama
Ya kita memang takut mencuba

Dengar aku!
Kita akan tetap begini
Sehingga suatu saat nanti
Kau akan akui
Memang kita akan terus begini
Tak perlu bersua
Tak perlu janji setia

Kau aku
Sungguh kita masih trauma sebenarnya
Takut untuk memulai cinta
sebab itu kita masih kelu,kaku,bisu lalu memilih untuk diam dan terus begini.

Lantas..
Mengharap angin malam bisa mengirim rindu lewat bahasa yang tak pernah terluahkan.

Jauh..
Kau dan Aku.

NORAZILAH RAPLIS
20:20
11012016

Comments

Popular posts from this blog

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap ...

Belajar Untuk Melepaskan

Jumaat, 30 Jun 2014 menjadi tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Akad Nikah Fahri Azham. Masih terbayang wajahnya begitu teruja bila umumkan berita gembira tu kat aku. Dan hari ni, Fahri bakal menjadi suami Adira Ashfeen. Aku tahu aku tak boleh lupakan Fahri Azham. Sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Fikiran yang serabut membuatkan sedikit sebanyak kerja aku tertangguh, Seolah-olah Fahri membawa separuh semangat aku pergi. Kosong. Serabut. Mujur jadual kelas hari ini tidak penuh. Aku memang tak dapat bayangkan bagaimana aku mengajar dengan keadaan berserabut macam ni. Conversation WhatsApp aku buka. Last conversation dengan Fahri Azham tiga bulan yang lepas. itupun masa dia whatsapp aku kad jemputan walimah dia. Entah, kenapa berat sangat tangan aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru atau paling tidak ucapan tahniah untuk Fahri. Mungkin aku terlalu berharap yang Fahri itu untuk aku. Aku akhirnya tersandar. mengeluh. aku cuba menahan air mata daripada jatuh. tak pasal...