Skip to main content

Media sosial yang menghakis umur


Sedikit sebanyak aku kurangkan aktiviti media sosial aku.. ntah, terkadang rasa benda ini kalau tidak dikawal akan membunuh. Membunuh berjam2 kerja yang perlu aku siapkan hari itu. Akibat terlalu leka, aku tangguhkan benda tu keesokkan hari nya.dan akhirnya aku sendiri menyalahkan masa kononnya 24 jam aku tidak cukup.

1.Facebook
Bermula dari pembersihan friendlist di facebook dari 1500 orang rakan.. sekarang hanya tinggal 300 lebih orang..itu pun masih melalaikan. kalau dulu aku sentiasa log in kan facebook, sekarang lepas tengok fb aku akan log out kan.so bila rasa nak log in balik mesti aku malas nak taip balik password n username..

2. Youtube
Aku suka mendengar lagu sambil membuat kerja tapi kadang-kadang nafsu kita tak mudah dikendalikan bila nampak recommended channel cth lagu or cerita-cerita baru so, aku akan habiskan masa untuk melihat itu ini sampai aku lupakan kerja aku...sudahnya semua tak siap. Yang ada hanya siap lagu yang aku download.hahaha.. sekarang aku dah uninstall application youtube aku.. so kalau pun aku betul-betul gian nak cek lagu baru.. aku juz buka dari mozilla firefox..lol

3. Instagram
Masih dalam proses .. hikhik

4.WhatsApp
Aku mutekan semua group selama setahun. Tukar bunyi notification untuk org yang whatsapp aku secara personal.benda tu ja ak akan buka.selebihnya akan tengok later2..maybe sebelum tidur. hahahaha

5.Telegram
Uninstall

6.Twitter & tumblr
ada akaun,tapi boleh kira dengan jari kepassionate aku terhadap dua benda ni.

Application yang aku add

1. Wattpad
oleh sebab minat menulis, aku log in wattpad untuk baca karya-karya orang n aku akan update karya aku kat sini. So,even aku tak bawa buku ,aku boleh baca jutaan buku full episod tanpa perlu online hanya dengan application ni! Hehe

2. Blogger
Bila aku tetiba fikir something yang boleh dikembangkan sebagai penulisan aku akan taip terus kat sini sebagai draft..kadang-kadang aku publish terus. sebab aku tahu, aku je yang baca benda ni.lol.

Catatan:
aku kadang sebak bila abah aku cakap anak dia dah kurang cakap sebab asyik tengok handphone.. balik bukan nak bercerita dengan abah.. handphone tak lepas dari tangan. So, sebab tu idea pencatuan aku terhadap media sosial terhasil. aku akan cuba optimumkan.. lagipun aku rasa benda ni dah jadi macam wabak..wabak yang membunuh komunikasi antara aku dengan ahli keluarga aku.  uolls semua klu bleh handle masa go ahead.. hehe. 
Umur kita ni bukan lah panjang sangat paling pun dalam 80 tahun je.. aku rasa macam down sangat bila tengok amalan aku sekarang. Macam tak layak masuk syurga. Quran pun aku jarang buka. Kata sibuk sangat dengan hal dunia. Tapi kalau kita sedar,Al Quran tu la akan penolong kita nanti. Akan mudahkan urusan kita di dunia ni. Aku sebak. Seolah 27 tahun aku terlalu jauh dan asing. Aku bukanlah orang yang baik.ya manusia memang tak akan pernah sempurna. Tapi sekurang-kurangnya kita mahu jadi terbaik untuk bersih bila menghadap Allah nanti.Biarlah amalan soleh kepada Allah itu yang menghakis umur kita bukan dengan benda yang sia- sia.Sekurang-kurangnya apabila ditanya malaikat kita telah gunakan baki umur kita sebaik mungkin. Sekian.
NORAZILAH RAPLIS

Comments

Popular posts from this blog

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap ...

Belajar Untuk Melepaskan

Jumaat, 30 Jun 2014 menjadi tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Akad Nikah Fahri Azham. Masih terbayang wajahnya begitu teruja bila umumkan berita gembira tu kat aku. Dan hari ni, Fahri bakal menjadi suami Adira Ashfeen. Aku tahu aku tak boleh lupakan Fahri Azham. Sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Fikiran yang serabut membuatkan sedikit sebanyak kerja aku tertangguh, Seolah-olah Fahri membawa separuh semangat aku pergi. Kosong. Serabut. Mujur jadual kelas hari ini tidak penuh. Aku memang tak dapat bayangkan bagaimana aku mengajar dengan keadaan berserabut macam ni. Conversation WhatsApp aku buka. Last conversation dengan Fahri Azham tiga bulan yang lepas. itupun masa dia whatsapp aku kad jemputan walimah dia. Entah, kenapa berat sangat tangan aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru atau paling tidak ucapan tahniah untuk Fahri. Mungkin aku terlalu berharap yang Fahri itu untuk aku. Aku akhirnya tersandar. mengeluh. aku cuba menahan air mata daripada jatuh. tak pasal...

Kita akan terus begini

Kau aku Tetap akan begini Tiada apa yang terjadi Meski dirajut rasa 'sendiri' Kau aku Tetap akan begini Meski dalam hati penuh dengan mimpi tapi tanpa rasa berani Kita akan tetap begini Kau aku Kita berbeza Kau aku Jauh jaraknya Kita akan tetap begini walau saling menyapa doa kita takkan bersama Ya kita memang takut mencuba Dengar aku! Kita akan tetap begini Sehingga suatu saat nanti Kau akan akui Memang kita akan terus begini Tak perlu bersua Tak perlu janji setia Kau aku Sungguh kita masih trauma sebenarnya Takut untuk memulai cinta sebab itu kita masih kelu,kaku,bisu lalu memilih untuk diam dan terus begini. Lantas.. Mengharap angin malam bisa mengirim rindu lewat bahasa yang tak pernah terluahkan. Jauh.. Kau dan Aku. NORAZILAH RAPLIS 20:20 11012016