P/s: Berapa hari ni,dosa-dosa lalu seakan menghambat,mencucuk-cucuk relung hati..
Izinkan aku takut
Untuk sebuah pertemuan..
Yang tak pernah aku harap
Yang tak pernah aku mahu
Untuk apa kau datang kembali?
Memberi harapan lalu pergi?
Izinkan aku takut
Untuk percaya kembali
Menerima sekali lagi
lantas melupa Tuhan saban hari
Izinkan aku takut
Kerana kau hanya penggoda
Sekadar setan bertopeng manusia
Izinkan aku takut
Akan neraka
Akan dosa
Akan murkaNya
Izinkan aku takut
Pada Allah
Pencipta kita..
Maaf,
takutku lebih besar dari inginku.
biar begini..selesa seorang diri.
merindu syurga;
NORAZILAH RAPLIS
11012016
Comments
Post a Comment