Skip to main content

SERI

Album lusuh itu sudah hampir mencecah 15 tahun.Kelihatan gambar seorang lelaki dan wanita berambut perang di atas feri. Bahagia. Senyum yang dipamer menebar rasa gembira dan cinta.Dia kembali menutup album itu.

"Seri, Fiq rindukan Seri."
Akhirnya terluah juga lafaz itu. Sebentuk cincin emas putih berhuruf ST di keluarkan dari laci.
cincin ditenungnya lama. Sayang,.. cincin itu tidak dapat disarungkan pada jari manis empunya badan.
Taufiq meraup muka. Seingatnya kali terakhir dia melihat Seri dalam keadaan sendu dan sugul. Rambut perangnya dibiarkan jatuh tanpa di sikat.Mukanya cengkung, Mata hazel yang bundar itu seakan tiada sinar. kelihatan sembap dan bawah mata yang sedikit lebam dan hitam tanda dia terlalu banyak menangis. Ah! Airmata wanita macam bawang. saja dibuat-buat untuk meraih simpati lelaki! Tembok egois di bina semula. Malah lebih tinggi dan lebih utuh kali ini.

"Tolonglah dengar penjelasan Seri, Seri difitnah Fiq..Kita lagi 3 hari nak nikah, takkan Seri nak khianati Fiq" Rayu wanita yang bernama Seri.Dia memeluk kaki Taufiq bersungguh-sungguh memohon agar Taufiq tidak termakan dengan gambar yang dihantar dengannya siang tadi. Hati Taufiq mendidih. Taufiq enggan melihat Seri. mendengar suara pun menyampah. Dia rasa di khianati. rasa di bohongi. cinta yang diberi rasa sia-sia. Seri meniduri lelaki lain! Dan lelaki itu temannya sendiri.! Shit! Damn it! hakikat yang sangat pahit untuk ditelan. Taufiq menyumpah lantas menampar Seri. Di matanya Seri tidak ubah seperti perempuan jalang.Dan dia sendiri tidak boleh menerimanya.

"Eh Betina!!cukuplah lakonan kau sebelum ni, Aku tak nak tengok lagi muka kau. sebelum aku terajang muka kau.lebih baik kau berambus dari rumah aku!!!!! Hei, aku pungut kau dari tepi jalan tau. tapi ini yang kau balas dengan aku Seri. Kau pergi berambus sekarang! ambik semua baju-baju kau. PERGI!"Taufiq menghumban semua pakaian Seri tepat mengenai muka Seri.

Dengan penuh rasa kesal. Seri memungut semua pakaiannya.
"Fiq, Suatu hari nanti, Fiq akan tahu yang Seri tak pernah khianati abang. Seri akan buktikan" Seri berjanji dalam esakan.
Ah! pergi mampus dengan janji kau Seri!"

selepas kejadian itu. Taufik buntu, Dia terus membawa diri de Sydney. Itulah kali terakhir dia melihat Seri.Entah mengapa selepas 15 Tahun ini, Hatinya di robek-robek untuk mengimbau kenangan pahit itu. "Dimana kau Seri?" Taufiq meraup muka. Email asing yang datang dari Faris membuat hatinya bulat ingin menemui wanita itu. kalau perlu sujud di kaki Seri, dia sanggup asal Seri mahu menerimanya semula.

Taufiq,
Seri masih suci, Dia tak bersalah, Aku dengan Haziqah yang merancang semua ini. Jujur, aku lakukan semua ini kerana mahukan cinta Haziqah. Dia suruh aku masukkan pil tidur dalam minuman Seri. Tapi jujur aku tak pernah sentuh Seri.Maafkan lah aku. Aku terlalu ikut perasaan sebab terlalu sayangkan Haziqah. Haziqah yang ambil semua gambar tu. dan panggil pencegah maksiat. Percayalah Taufiq Seri tak pernah khianati kau. Dia perempuan yang baik. Maafkan aku Taufiq. Maafkan aku. Baliklah Ke Malaysia. Haziqah Koma. kemalangan sejak 6 bulan yang lepas. dan dia mahu bertemu dengan kau dan Seri.

Faris Hilmi.

Dengan penjelasan dari Faris Hilmi, Penerbangannya ke Malaysia diawalkan esok. Dia berdebar menunggu hari esok. Apakah masih ada harapan untuk dia bertemu dengan Seri. Apakah ada sinar kemaafan dari Seri. Dia sanggup melutut depan Seri.
"Seri, maafkan Fiq"

Penerbangan selama 8 jam terasa panjang. meletihkan. Akhirnya Taufiq terlena.

"Fiq, maafkan Seri tidak dapat menunaikan janji kita. Percayalah Fiq, Fiq akan sentiasa ada di hati Seri. sebagaimana Seri di hati Fiq. Seri berlalu dengan pakaian serba putih. Harum kasturi menusuk hidungnya.

Seri..Seri!!! Fiq dah tahu semuanya! Taufiq mengejar Seri. Namun kakinya seakan berat untuk melangkah.

Seri!!!!! Taufiq terjaga. semua penumpang tertumpu kepada dia.
Taufik meraup muka. Ya Tuhan, KAU temukanlah aku dengan Seri.

Setibanya di KLIA. Pak Kamarul sudah sedia menanti di balai ketibaan. Taufik segera masuk ke dalam perut kereta . Kuala Lumpur tidak banyak berubah. Apa hati Seri sama ini?"Masih mencintai aku.Taufik meneka-neka.

"Kenapa Jammed ni PakCik?"

"Entahlah Tuan, macam ada kemalangan kat depan tu. kejap saya tanya orang"

Pak cik Kamarul keluar dari perut kereta.Cuba membantu apa yang patut. Taufiq membontoti Pak Cik Kamarul. Dalam orang ramai yang mengerumuni mangsa. Taufiq melihat sosok tubuh wanita yang terbaring layu. separuh tudungnya sudah diwarnai dengan cecair pekat berwarna merah. Dis elaknya purdah yang sudah berwarna merah itu, "Ya Allah!Seri! Taufiq segera memangku mangsa yang dikenali sebagai Seri.

"Fiq... Sei tak salah. Ma...afkan... Seri.... Tersekat-sekat Seri cuba berkata. Cecair merah pekat keluar dari hidung.

"Seri, Fiq dah tahu semuanya. Fiq yang salah,Maafkan Fiq Seri. Maafkan Fiq. Taufiq mencium ubun-ubun Seri.

Se..ri.. dd..ah.. maafkan... abb..ang... Seri cuba untuk senyum"

Iz,,inkan.. Seri per...gi..."Seri akhirnya terkulai selesai mengucap syahadah.

Seriiiiiiii!!!!!!!! Taufiq menngongoi.
Taufiq melihat ada gumpalan kertas ditangan Seri. Segera diambil gumpalan itu. Kelihatan gambarnya bersama Seri di atas feri. dibelakangnya walaupun tulisan sudah agak kusam. tapi masih boleh dibaca." Seri mencintai Taufiq, here and hereafter."

Seri...abang menyesal Seri.. "Taufiq membiarkan airmata lelakinya jatuh. Runtuh segala egois nya. hanya kerana seorang wanita yang bernama SERI.


p/s: Ilham lps dengar lagu Seri. hahahaahaha :)


Comments

Popular posts from this blog

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap ...

Belajar Untuk Melepaskan

Jumaat, 30 Jun 2014 menjadi tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Akad Nikah Fahri Azham. Masih terbayang wajahnya begitu teruja bila umumkan berita gembira tu kat aku. Dan hari ni, Fahri bakal menjadi suami Adira Ashfeen. Aku tahu aku tak boleh lupakan Fahri Azham. Sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Fikiran yang serabut membuatkan sedikit sebanyak kerja aku tertangguh, Seolah-olah Fahri membawa separuh semangat aku pergi. Kosong. Serabut. Mujur jadual kelas hari ini tidak penuh. Aku memang tak dapat bayangkan bagaimana aku mengajar dengan keadaan berserabut macam ni. Conversation WhatsApp aku buka. Last conversation dengan Fahri Azham tiga bulan yang lepas. itupun masa dia whatsapp aku kad jemputan walimah dia. Entah, kenapa berat sangat tangan aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru atau paling tidak ucapan tahniah untuk Fahri. Mungkin aku terlalu berharap yang Fahri itu untuk aku. Aku akhirnya tersandar. mengeluh. aku cuba menahan air mata daripada jatuh. tak pasal...

Kita akan terus begini

Kau aku Tetap akan begini Tiada apa yang terjadi Meski dirajut rasa 'sendiri' Kau aku Tetap akan begini Meski dalam hati penuh dengan mimpi tapi tanpa rasa berani Kita akan tetap begini Kau aku Kita berbeza Kau aku Jauh jaraknya Kita akan tetap begini walau saling menyapa doa kita takkan bersama Ya kita memang takut mencuba Dengar aku! Kita akan tetap begini Sehingga suatu saat nanti Kau akan akui Memang kita akan terus begini Tak perlu bersua Tak perlu janji setia Kau aku Sungguh kita masih trauma sebenarnya Takut untuk memulai cinta sebab itu kita masih kelu,kaku,bisu lalu memilih untuk diam dan terus begini. Lantas.. Mengharap angin malam bisa mengirim rindu lewat bahasa yang tak pernah terluahkan. Jauh.. Kau dan Aku. NORAZILAH RAPLIS 20:20 11012016