Bait Puisi terhenti. Saya membuka kaca mata berbingkai biru. memicit pelipis mata. Terasa sakit di bahagian belakang kepala. Jari-jari yang runcing saya patah-patahkan demi menghilangkan kantuk yang meraja. Kopi 3 in 1 yang sejuk saya cicipi perlahan. Saya merenung cincin belah rotan di jari manis. Apa dia arjuna yang bakal menetap di hati ini? Sudah bersediakah seorang Citra Adriana untuk memikir soal hati?
Akhirnya saya tersandar dengan seribu keluhan. Ah! masih tidak terlalu jauh saya menarik diri dari pernikahan ini. Pertunangan ini baru berusia sebulan. Saya boleh meminta Hafis untuk memutuskan pertunangan ini dan terus menunggu Fattah untuk mengikat janji. Hafis seorang lelaki yang pada saya setanding dan tiada kurangnya dengan Fattah. Sebulan yang lepas, Hafis menghantar rombongan meminang tanpa sempat saya mengenal dia. Seingat saya, pertemuan saya dengan Hafis hanya 3 kali. pertemuan pertama di kinokuniya. pertemuan cliche yang biasa saya lihat di drama melayu. Buku John Grisham yang hanya tinggal 1 dan kami berdua berebut memiliki buku itu.Sungguh Cliche. saya senyum. Seakan dapat mengagak jalan takdir novel tersebut diserahkan kepada siapa. Sangkaan meleset bila Hafis mengambil buku itu dan terus membayar di kaunter. Pertemuan pertama yang menyebalkan.
Kedua, makan malam di rumah saya. Abah menjemput sahabatnya Uncle Amin dan Hafis ketika saya bercuti semester.
Terkenang perbualan Abah dengan Uncle Amin. " Hafis, tambahlah lagi. jangan segan-segan. buat macam rumah sendiri." Papa kamu ni, dah macam adik beradik Uncle tau.
" Sedaplah uncle. siapa yang masak ni?" Ujar Hafis menambah lauk.
" Siapa lagi. mestilah anak Uncle, Riana," Uncle Amin dan Abah senyum melihat saya.
Namun tidak pada Hafis. tiba-tiba sahaja Hafis tersedak air yang diminumnya. Betul-betul tepat mengenai muka. Wajah saya ketika itu sudah merona merah.
"Pedas sangatlah Uncle. Masin pulak tu"
Saya menjegilkan mata lantas masuk ke bilik. pertemuan pertama dan kedua memang amat menjengkelkan dan tidak meninggalkan momen-momen yang indah untuk di ingati. Dan petemuan ketiga. Semasa hari pertunangan. Saya tiada pilihan. Abah dan Ibu menggunakan kuasa veto lantas bersetuju. Ah, singkatnya pertemuan. Dengan kenangan-kenangan yang tidak baik untuk di ingat saya menjadi tunangan Hafis. Bagaimana terlintas di fikirannya untuk memutuskan saya menjadi tunangnya? Saya bingung. Hafis. Kita baru kenal dan tidak terlalu kenal. dan tanpa kau mengetahui saya menunggu Fattah. Bagaimana tanpa rasa ragu kau boleh memutuskan perkara yang terbesar dalam hidupmu?
Fattah, Tidak ada terlintas dalam fikiran saya untuk khianat dengan janji kita. Saya tersepit di antara restu ibubapa dan kegusaran saya menunggu kamu. Sudah 7 tahun Fattah. sudah 7 tahun saya menanti kamu.dan sehingga kini. kamu masih belum memberi kata putus.Saya risau andai kamu mengkhianati janji kita. Lantas saya terus menerima Hafis dengan restu kedua orang tua. Tapi Fattah, masih tidak terlalu jauh untuk saya menarik diri dari ikatan pertunangan ini. Balik lah Fattah. saya masih menunggu. saya membuka email. 672 emel yang saya kirim sejak 7 tahun lalu tiada satu yang berbalas. saya tekad menghantar kesekian kalinya emel dengan Hafis yang saya rindukan Fattah dan menyatakan harapan agar Fattah segera pulang. Sempat saya selitkan gambar-gambar kenangan saya dengan Fattah semasa di tahun terakhir di universiti. kenangan yang tidak mungkin dipadam dari kotak ingatan saya. butang send diklik . sent! Dalam hati saya cuma satu. Tuhan akhirkan penantian saya dengan doa-doa yang saya titip. setiap masa. Agar Fattah kembali.
Telefon berbunyi menandakan notification WhasApp masuk.
" Belum tidur? Hafis
Saya terus menelefon Hafis. malas untuk menaip dan melayan mesej yang berderet-deret.
"Belum" Tanpa salam saya terus memberikan jawapan pada Hafis.
"Ada urusan apa mesej tadi?" Saya mencicip kembali kopi 3 in 1.
"Kita cepatkan tarikh pernikahan kita. Resepsi kemudian." kedengaran suara Hafis di hujung telefon.
Saya terkedu. belum dapat saya menerima pertunangan ini. Nikah pula nak diawalkan?
" Saya tahu kalau saya tak nak pun, saya tetap takde pilihan terserah dengan awak" Saya terus letak telefon. Bingung marah dan sedih bercampur baur. Fattah.. Baliklah..setitis airmata saya gugur.
Besok adalah hari pernikahan saya dengan Hafis. segala persiapan dilakukan sesederhana mungkin. Hafis yang uruskan semuanya dari hantaran sampailah baju semasa pernikahan. malam itu saya menhantar email untuk Fattah. email yang terakhir barangkali. sebab selepas ini saya akan bersuami.
Fattah,
sudah terlalu lama, saya menanti jawapan kamu. sungguh tiada niat untuk saya mengkhianati cinta kita. jauh sekali untuk melupakan janji kita sebelum kamu terbang ke luar negara. Saya akan bernikah esok. semua ini atas permintaan orang tua saya. Maafkan saya Fattah. Mungkin ini adalah email yang terakhir saya kirimkan, semoga berjumpa lagi. Assalamualaikum.
Saya menekan butang send dengan airmata yang sengaja saya biarkan jatuh. penantian saya selama 7 tahun seakan tiada erti. terasa bodoh dan sia-sia. saya harus melenyapkan kenangan saya dengan Fattah jauh-jauh dan membuka seluas-luas peluang untuk dicintai oleh bakal suami. Hafis.
"Aku terima nikahnya, Citra Adriana Binti Harith dengan mas kahwinnya 100 Dinar emas tunai."
Lafaz Sakinah akhirnya terucap sekaligus menjadikan Hafis suami saya yang sah. setitis airmata akhirnya gugur bersama kenangan-kenangan bersama Fattah. Saya mencium tangan Hafis dan berusaha menerima Hafis dalam hidup ini. Hafis mencium ubun-ubun saya. Hati bergetar. saya tidak dapat menterjemah rasa ini.
"Hafis......." saya pandang Hafis di hujung katil
"panggil abang. Citra dah sah jadi isteri abang." Hafis senyum. Entah mengapa getaran yang saya rasa berlainan dengan Fattah. sejuk dan tenang melihat wajah Hafis. Saya akui Hafis memang mempunyai rupa yang redup. mampu memberikan ketenangan kepada siapa yang melihat.
"Ab....abang.." saya rasa janggal.
" Abang tahukan pernikahan ini didirikan tanpa rasa cinta? dan jujurnya saya tengah menanti seseorang untuk melamar saya" saya cuba beranikan diri. saya tidak mahu Hafis menganggap saya penipu. macam mana saya hidup dengan lelaki yang tidak pernah terlintas untuk hidup dengan dia?
"Ya, Abang faham, bukan mudah untuk terima sesorang yang asing dalam hidup apalagi berkongsi dalam hidup.." Nah, Hafis tiba-tiba menghulurkan sebuah bungkusan.
"Apa ni? " tanpa menunggu jawapan dari Hafis, Saya terus membuka, Buku John Grisham yang masih lengkap berbalut plastik saya keluarkan. Inikan...... saya kehabisan kata.
"Ya, ni buku yang Citra nak kan? sekarang ini milik Citra. Abang hadiahkan untuk Citra. Dah, Tidurlah, mesti Citra dah letih kan" Hafis senyum
Saya kehabisan kata. Bagaimana Hafis terlalu yakin yang buku ini pasti akan sampai kepada saya?"
Hari ini, Hafis mengajak saya ke satu tempat. tempat yang tenang. haruman kemboja menusuk hidung. Kita nak ziarah siapa bang? Saya memandang Hafis.
Hafis memegang bahu saya. kelihatan sebuah kuburan yang putih dengan bunga kemboja diatasnya.
Saya cuba membaca tulisan batu nisan. Ahmad Fattah Ghazali. 1986-2010. saya terduduk.
"Fattah sahabat baik abang semasa menuntut UK. Dia kemalangan 3 tahun yang lepas. Ini surat dari Fattah untuk Citra"
saya menyambut sekeping surat yang agak kusam warnanya.
Citra Adriana sayang.
Maafkan Fattah tidak membalas satu pun email dari Ad. Fattah tahu, Fattah bukanlah orang yang terbaik untuk menjaga Ad. Fattah rasa bersalah dengan Ad. Fattah dah mungkir janji dengan Ad. Fattah rasa, Hafis adalah pengganti yang terbaik untuk menjaga Ad selepas Fattah pergi. maafkan Fattah tak dapat tunaikan impian Ad. maafkan Fattah.
"Fattah disahkan menghidap barah otak.. Dia menghadapi kemurungan dan hidup tak tentu arah selepas itu. Gaya hidup Fattah berubah. Tiap malam balik mabuk dan menyebut-nyebut nama Citra. semua rawatan Kimoterapi Fattah tolak. ubat-ubat pun dia tak pernah sentuh. Akhirnya Fattah ditemui mati dalam kemalangan itu."
Saya kehilangan kata-kata. satu persatu kejutan yang saya terima. patutlah email yang saya kirim tidak pernah berbalas selama ini, rupanya Fattah sudah lama tiada, Fattah............ kenapa Fattah buat macam ni dengan Ad? saya menangis, meraung semahu-mahunya. Fattah!!!
Sudah 3 tahun berlalu. saya menutup album kusam itu. Saya pasrah dengan pemergian Fattah. Kini saya bahagia dengan Hafis. Hafis adalah masa depan saya. yang tidak perlu untuk saya menanti lagi. kerana Hafis sudah mengisi dan mengakhiri penantian saya selama ini. :)
p/s: Akhiri penantianku.. sangat inspiring n mendalam maksudnya. ho ho ho
Apa aku merepek ni... kah kah kah!!

ASSALAMU ALLAIKUM …………. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
ReplyDeleteSALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI TIARA TOURS INDONESIA, ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN BEBERAPA PAKEJ – PAKEJ MENARIK MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATAN LAINNYA SEPERTI KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA DAN BERAPA TEMPAT LAIN MENARIK DI MEDAN.
PAKEJ KAMI TEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. SEMUA PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM FULL SERVICES
TAK ADA EXTRA BAYAR …. !!! TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG ) MEDAN & LAKE TOBA
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG ) MEDAN AND LAEK TOBA
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 400 (10 ORANG ) LAKE TOBA , SAMOSIR AND SILANGIT
HARGA PAKE 04 HARI / 03 MALAM MYR : 550 (10 ORANG ) LAKE TOBA, SAMOSIR AND SILANGIT
KALAU NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT SYARIKAT KAMI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TAX NO : 36 555 970 7 122 000
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
DRIVER
PATROL
EKSIDENT INSURANCE
GOVERNMENT TAX