Skip to main content

April-Jun 2016 memories!

Assalamualaikum W.B.T

April

Lamanya aku x update blog.. huahua.. banyak cerita aku nak share even aku sendiri je pun yang baca hahahaha. ok, lepas je interview SPP hari tu aku dapat result jadi calon simpanan.. semua kos PQ jadi calon simpanan.yang kos PI semua lulus n tunggu posting. sedih gila weh bila aku hntr jj kat epot hari tu. hahaha. aku tekad hari tu. aku akan teruskan master aku even sakit macammana n serabutnya kepala aku time tu(sebab jeles kawan dah dpt keje) -_- hahaha.
aku punya tekad tu sampai aku stay library all the time n mula menulis proposal aku secara serius. chewahh.. (ok, tipu) lepas 2 minggu jj dah kerja Alhamdulillah bila cek result semula dekat spp aku lulus.syukur! now kepeningan dan keserabutan dia adalah aku masih ada 2 kelas master lagi kna habiskan sem ni. 18 Julai aku dapat tawaran penempatan dan dipostingkan di WP Labuan. Actually aku nak cakap macam mana eh.. happy? sedih? happy sebab aku dah biasa jadi guru ganti di Labuan so, tiada masalah untuk sesuaikan diri etc.sedih.. sebab aku akan tinggalkan abah n miming sekali lagi. ingatkan kalau dapat posting Sabah.. Bleh minta Kota Belud. dekat sikit.dah rezeki di labuan terima je la. Sampai je dekat labuan.aku deposit motor guna duit gaji RA aku. malas ak susahkan kakak n abg ipar aku setiap pagi hntr di sekolah.  kelas aku?lepas je dapat result aku lulus hari tu, aku terus bagitahu dengan Ust Rahimi n Dr Wail untuk minta izin supaya aku attend kelas setiap 2 minggu. sekali lagi aku gunakan duit gaji RA aku untuk beli tiket ulang alik Labuan-Kuala Lumpur.. nangis juga lah sebab banyak duit habiskan,. dalam 2k lebih juga lah terbang sekaligus. Start dari attend kuliah , untuk presentation n Exam. Berkorban sekarang untuk kesenangan akan datang. Target aku lepas je master aku siap, aku akan sambung PhD aku. InsyaAllah!  Penat jangan cakaplah, lepas je habis mengajar sampai rumah aku tidur terus haha,. malam bangun.. belajar balik. siapkan assignment dan buat artikel untuk kerja RA aku. semoga setiap apa yang aku lakukan ni ada nilai dan ganjaran di sisi Allah. menuntut ilmu kan. hehe.

Mei
Research Field Work di Jepun!
Ok ni first experience aku pegi oversea selama 27 tahun ok. isk..isk.. (kesian)
hahaha.. tapi muka bajet pro ok.memikirkan bahasa inggeris aku yang broken dan ada slang2 kedayan+ brunei sikit membuatkan aku rasa down sekejap. dengan kadar kewangan yang sangat menganggu gugat. wlupun first gaji memang dpt banyak. haha. . mak ak memang tak suruh pegi sebab jj x join. yg join aku , atiq n nadhrah. aku tekad. Aku mesti pergi!! wlu macam mana pun caranya. dengan muka tebal pegi pinjam duit dengan dr asyraf. bila convert duit malaysia pegi Yen. adududu.. sedih je ko tengok wang yang tebal dah tinggal berapa keping je. hehe. Pengalaman berbahasa Jepun dan berkomunikasi dengan student dah pensyarah di sana adalah sesuatu perkara baru bagi aku! best. aku memang bukan kaki korea mahupun die hard fan Jepun. Hnya hidup dengan drama Dragon Ball yang sudah dialihbahasa dengan Melayu. So, kena sesuaikan diri dan be confident. Malam tu aku siap study google translate n beberapa kamus jepun yang aku download dari google aps. hhaha. gigihkan aku. siap jawab kuiz padan dan suaikan lagi. semua yang aku belajar tu pun benda basic. nak order air cmana. nak tanya jalan macammana.. arah kiri kanan depan belakang. tanya makanan halal.. siap study segala map yang ada di sekitar Kyoto dan Osaka. Over kau zila!
gambar nnti aku upload ok. Thanks to F.Ikhram sebab sudi pinjam kan camera ye..ada juga kenangan aku jejak kaki di Jepun. Alhamdulillah!

Jun
Puasa Beb. aku juz nak share sebenarnya inilah rekod jenayah terhadap diri sendiri sepanjang ramadhan. Qiam x, al quran x smpai 15 juz, x tarawih. whats wrong with me? aku letih sangat ke sampai aku malas nak bangun malam?sedih., inilah ramadhan paling teruk ku kira utk aku yg berumur 27 tahun. n satu benda lagi ak bleh plak terbuka puasa 3 minit awal ni semua gara-gara hp si danny la ni set waktu azan dekat kutub utara mana. adoii!

3 Bulan 2016.. banyak cerita dan pengalaman. kisah manis suka duka aku. study kerja. memang menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi. nnti(x tahu bila) aku upload gambar ok!

Love;
Norazilah Raplis
8.7.2016


Comments

Popular posts from this blog

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap ...

Belajar Untuk Melepaskan

Jumaat, 30 Jun 2014 menjadi tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Akad Nikah Fahri Azham. Masih terbayang wajahnya begitu teruja bila umumkan berita gembira tu kat aku. Dan hari ni, Fahri bakal menjadi suami Adira Ashfeen. Aku tahu aku tak boleh lupakan Fahri Azham. Sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Fikiran yang serabut membuatkan sedikit sebanyak kerja aku tertangguh, Seolah-olah Fahri membawa separuh semangat aku pergi. Kosong. Serabut. Mujur jadual kelas hari ini tidak penuh. Aku memang tak dapat bayangkan bagaimana aku mengajar dengan keadaan berserabut macam ni. Conversation WhatsApp aku buka. Last conversation dengan Fahri Azham tiga bulan yang lepas. itupun masa dia whatsapp aku kad jemputan walimah dia. Entah, kenapa berat sangat tangan aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru atau paling tidak ucapan tahniah untuk Fahri. Mungkin aku terlalu berharap yang Fahri itu untuk aku. Aku akhirnya tersandar. mengeluh. aku cuba menahan air mata daripada jatuh. tak pasal...

Kita akan terus begini

Kau aku Tetap akan begini Tiada apa yang terjadi Meski dirajut rasa 'sendiri' Kau aku Tetap akan begini Meski dalam hati penuh dengan mimpi tapi tanpa rasa berani Kita akan tetap begini Kau aku Kita berbeza Kau aku Jauh jaraknya Kita akan tetap begini walau saling menyapa doa kita takkan bersama Ya kita memang takut mencuba Dengar aku! Kita akan tetap begini Sehingga suatu saat nanti Kau akan akui Memang kita akan terus begini Tak perlu bersua Tak perlu janji setia Kau aku Sungguh kita masih trauma sebenarnya Takut untuk memulai cinta sebab itu kita masih kelu,kaku,bisu lalu memilih untuk diam dan terus begini. Lantas.. Mengharap angin malam bisa mengirim rindu lewat bahasa yang tak pernah terluahkan. Jauh.. Kau dan Aku. NORAZILAH RAPLIS 20:20 11012016