Skip to main content

Resipi Ayam ButterMilk Cepat, Mudah dan Senang

Assalamualaikum W.B.T

Salam Ramadhan. ok. untuk menu buka puasa hari ni. aku rajin pula utk kongsikan resipi paling mudah dan cepat untuk anda sediakan.semudah 1,2,3 giteww..ok, kita terus dengan bahan-bahannya yeee adik-adik sekalian.

Bahan
Ayam (perap dengan serbuk kunyit, garam, cuka)

Bahan untuk buat sos buttermilk

Butter 
Susu cair
Daun kari
Lada Thailand dihiris halus.
bawang putih
sedikit garam


Cara memasaknya

1. Ok. first korang kena goreng ayam dulu, agak-agak masak. jangan biarkan ia terlalu garing..angkat dan ketepikan

2. ok, now sesi campak mencampak. haha.. panaskan kuali, masukkan butter kemudian bawang putih.

3. masukkan daun kari

4. masukkan lada thailand yang dah dipotong kecil-kecil

5. tuang susu cair (aku letak dalam setengah tin)

6. letakkan sedikit garam

7. ok, masukkan ayam dan gaul sampai mesra gitu

8.Boleh lah sambung tidur balik sebab dah siap masak. hehe

9. Hidangkan dekat-dekat nak buka puasa ^_^

Tadaaa!!!


Comments

Popular posts from this blog

Banyak yang saya belajar

Dalam hidup ini segalanya kita ingin berjalan sesuai dengan kehendak kita,sesuai dengan apa yang kita perlukan. Kita sering rasa kecewa dan hampa apabila tidak dipeduli,dibandingkan dan diendahkan..setahun ini.. Aku kira Allah telah banyak mengirim dan memperkenalkan aku dengan orang2 yang akan meninggalkan dua perkara. 1, kebaikan yang sentiasa memberi hikmah..perkara kedua, kekecewaan yang sentiasa mengingatkan aku bahawa tidak semua yang aku mahu aku punya.. Cinta Kadang2 kita perlu lebih banyak mendengar dan bersabar. Masa dan orang akan tiba pada waktu yang tepat.. Tidak jumpa tidak bermakna kau tidak laku. Namun Allah sudah menyediakan 1 perancangan yang lebih baik. Jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu tergesa. Mengajar Murid kadangkala memerlukan perhatian dari gurunya. Yang nakal inginkan perhatian..inginkan pujian seperti yg kita beri pada murid pandai. Pernah sekali aku melihat instagram seorang murid ku.. Free hair. Sedih.. Murid itu kelas aliran agama. Di mana silap ...

Belajar Untuk Melepaskan

Jumaat, 30 Jun 2014 menjadi tarikh yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Akad Nikah Fahri Azham. Masih terbayang wajahnya begitu teruja bila umumkan berita gembira tu kat aku. Dan hari ni, Fahri bakal menjadi suami Adira Ashfeen. Aku tahu aku tak boleh lupakan Fahri Azham. Sampai sekarang dan mungkin sampai bila-bila. Fikiran yang serabut membuatkan sedikit sebanyak kerja aku tertangguh, Seolah-olah Fahri membawa separuh semangat aku pergi. Kosong. Serabut. Mujur jadual kelas hari ini tidak penuh. Aku memang tak dapat bayangkan bagaimana aku mengajar dengan keadaan berserabut macam ni. Conversation WhatsApp aku buka. Last conversation dengan Fahri Azham tiga bulan yang lepas. itupun masa dia whatsapp aku kad jemputan walimah dia. Entah, kenapa berat sangat tangan aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru atau paling tidak ucapan tahniah untuk Fahri. Mungkin aku terlalu berharap yang Fahri itu untuk aku. Aku akhirnya tersandar. mengeluh. aku cuba menahan air mata daripada jatuh. tak pasal...

Kita akan terus begini

Kau aku Tetap akan begini Tiada apa yang terjadi Meski dirajut rasa 'sendiri' Kau aku Tetap akan begini Meski dalam hati penuh dengan mimpi tapi tanpa rasa berani Kita akan tetap begini Kau aku Kita berbeza Kau aku Jauh jaraknya Kita akan tetap begini walau saling menyapa doa kita takkan bersama Ya kita memang takut mencuba Dengar aku! Kita akan tetap begini Sehingga suatu saat nanti Kau akan akui Memang kita akan terus begini Tak perlu bersua Tak perlu janji setia Kau aku Sungguh kita masih trauma sebenarnya Takut untuk memulai cinta sebab itu kita masih kelu,kaku,bisu lalu memilih untuk diam dan terus begini. Lantas.. Mengharap angin malam bisa mengirim rindu lewat bahasa yang tak pernah terluahkan. Jauh.. Kau dan Aku. NORAZILAH RAPLIS 20:20 11012016